Top Glove Sasar Pengambilan 9,000 Pekerja Tempatan Pada Tahun Ini

Top Glove Sasar Pengambilan 9,000 Pekerja Tempatan Pada Tahun Ini

Syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di Malaysia, Top Glove Corporation Bhd akan menawarkan 9,000 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia

Syarikat pengeluar sarung tangan terbesar di Malaysia, Top Glove Corporation Bhd akan menawarkan 9,000 peluang pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia pada tahun ini.

Pengambilan tersebut bertujuan memenuhi lonjakan permintaan sarung tangan dan peralatan pelindung diri di seluruh dunia, di samping ingin mengurangkan jurang pengagguran negara.

Top Glove dalam satu kenyataan juga berkata, mereka sedang berusaha mencapai sasaran dengan memulakan pengambilan pekerja selama setahun menerusi Pameran Kerjaya Maya pertama yang akan berlangsung pada 23 Januari ini.

“Pameran Kerjaya Maya Top Glove dijangka dapat mengisi posisi di setiap peringkat bermula dari eksekutif hingga bukan eksekutif di setiap pejabat dan kilang yang terletak di berbagai negeri di Malaysia.”.

“Ini bertujuan untuk memberi pekerjaan yang menguntungkan kepada graduan universiti dan vokasional dan pekerja am di Malaysia.” jelas Top Glove.

Peluang pekerjaan yang dibuka adalah merangkumi 4,000 jawatan bagi pekerja tempatan, 2,300 jawatan untuk graduan baru universiti dan vokasional teknikal, 2,000 pelatih dan 700 pekerja Malayia yang berpengalaman.

Pengarah Urusan Top Glove, Datuk Lee Kim Meow berkata, program pengambilan pekerja itu akan membantu para pencari pekerjaan untuk mendapat satu kerjaya yang memberangsangkan dan bermanfaat.

“Kami bangga dapat mengambil bahagian untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh pekerjaan yang menguntungkan, yang mana akan menjadi kunci kepada pemulihan ekonomi dan sosial negara dari wabak,” ujar beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: