Toshiba Jepun Umum Rancangan Untuk Berpecah Kepada Tiga Syarikat

Toshiba Jepun Umum Rancangan Untuk Berpecah Kepada Tiga Syarikat

Toshiba pada hari ini mengumumkan bahawa ahli lembaga telah meluluskan rancangan untuk membahagikan konglomerat Jepun itu kepada tiga syarikat beriku

Toshiba pada hari ini mengumumkan bahawa ahli lembaga telah meluluskan rancangan untuk membahagikan konglomerat Jepun itu kepada tiga syarikat berikutan ketegangan dengan pemegang saham serta kontroversi tawaran pengambilalihan.

Pengumuman tersebut mengesahkan laporan pada awal minggu ini yang menyebutkan bahawa pihak pengurusan di tekan oleh para pemegang saham untuk memaksimumkan nilai syarikat dengan membahagikan perniagaannya.

Cadangan yang dikemukakan bertujuan memisahkan dua syarikat daripada seluruh operasi Toshiba yang mana salah satunya akan tertumpu kepada infrastruktur, manakala yang kedua kepada peranti.

Langkah tersebut dijangka mengambil masa dua tahun, dengan sasaran dapat menyenaraikan kedua-dua syarikat baharu tersebut, jelas Toshiba.

“Pemisahan itu membolehkan setiap perniagaan meningkatkan tumpuannya dengan signifikan dan mudah untuk membuat keputusan yang lebih tangkas dan struktur kos yang lebih kecil,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Keputusan itu dibuat selepas berbulan-bulan suasana kucar-kacir melanda syarikat itu, termasuk penyingkiran pengerusi lembaga pengarahnya dan pendedahan bahawa pengurusan berusaha untuk mendapatkan bantuan kerajaan dalam menyekat tindakan pemegang saham.

Penganalisis berkata keputusan itu adalah hasil tekanan daripada para pelabur yang percaya langkah itu akan meningkatkan nilai saham Toshiba.

Mereka mahu “langkah untuk menggegarkan syarikat dan mendapatkan pelabur untuk menilai semula dan berharap mendapat harga saham yang lebih tinggi,” kata penganalisis LightStream Research Mio Kato.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: