toyota-n-honda-factory

Toyota Lepasi 9.1 juta Sasaran Pengeluaran Kenderaan, Masih Rasai Impak Kekurangan Cip

Toyota Motor Corp Jepun mencatat rekod keluaran tahunan global pada tahun perniagaan berakhir pada Mac, sedikit mengatasi sasaran 9.1 juta unit kenderaan berikutan terjejasnya operasi kilang akibat masalah bekalan cip global.

Namun begitu, Toyota memberi amaran bahawa ia masih melihat kesan daripada kekurangan cip global yang berpanjangan dan kesukaran untuk meramalkan kesannya pada masa hadapan.

Toyota pada Khamis berkata ia berjaya mengeluarkan 9.13 juta kenderaan dalam tempoh 12 bulan hingga 31 Mac.

Angka itu sedikit melebihi daripada sasarannya, walaupun unjuran tersebut telah diturunkan sebanyak dua kali daripada jangkaan awal sekitar 9.7 juta unit.

Sementara itu, jualan global untuk 12 bulan berakhir Mac pula meningkat kepada 9.61 juta kenderaan daripada 9.51 juta pada tahun sebelumnya, menetapkan satu lagi rekod tahunan bagi Toyota.

Toyota juga mendedahkan bahawa ia hanya menjual 17,473 kenderaan elektrik bateri (EV) di seluruh dunia, termasuk jenama mewah Lexus untuk tiga bulan pertama 2023.

Jumlah itu menghampiri 24,466 unit EV bateri yang dijual oleh Toyota di seluruh dunia sepanjang tahun 2022.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *