Isu Perang Perdagangan AS-China kembali menghantui pasaran pada hari ini apabila pentadbiran Trump dikatakan bercadang untuk menyekat syarikat-syarika
Isu Perang Perdagangan AS-China kembali menghantui pasaran pada hari ini apabila pentadbiran Trump dikatakan bercadang untuk menyekat syarikat-syarikat dari negara China daripada melabur di dalam syarikat-syarikat teknologi AS. Jika ianya benar-benar berlaku, China pasti akan bertindak balas lebih agresif dan akan menjadikan ketegangan ini berpanjangan.
Trump sebelum ini telah memberi amaran kepada semua negara rakan dagang AS untuk menghapuskan sekatan perdagangan dan tarif terhadap barangan yang memasuki negara mereka atau berhadapan dengan perang perdagangan. Pada Jumaat lepas, Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif 20% terhadap kereta-kereta Eropah.
Sebelum itu Kesatuan Eropah telah mengambil keputusan untuk mengenakan tarif sebanyak 25% terhadap barangan dari AS yang bernilai hampir lebih daripada $3 bilion sebagai tindakan balas kepada tarif yang dikenakan oleh AS ke atas keluli dan aluminium bermula pada 1 Jun 2018 yang lalu.
Yen seperti selalunya, menjadi “raja” ditengah-tengah kemelut Perang Perdagangan ini mendahului aset selamat “safe haven” yang lain pada pembukaan sesi dagangan Asia minggu ini. Dolar AS jatuh hampir 50 pips manakala Dolar Australia turut jatuh lebih 55 pips berbanding Yen.
Australia yang merupakan antara rakan dagang terbesar China bakal turut menerima tempias daripada Perang Perdagangan ini. Kelembapan sektor industri di China dan Eropah pasti akan menjadikan export komoditi Australia seperti aluminium, bijih besi dan arang batu terjejas teruk.
Tinjaun yang dilakukan terhadap Fear & Greed Index oleh CNN Money mendapati sentimen yang dikemaskini pada minggu lepas berada pada paras neutral. Instrumen Emas masih tidak memberikan respon terhadap Perang Perdagangan ini dan mungkin hanya akan mula mendapat permintaan jika pasaran berada dalam ‘Ketakutan”.
COMMENTS