Transformasi Digital, Malaysia Bakal Menyaksikan Penutupan Hampir 600 Cawangan Bank

Transformasi Digital, Malaysia Bakal Menyaksikan Penutupan Hampir 600 Cawangan Bank

Transaformasi perbankan ke arah digitalisasi akan memberi kesan yang signifikan kepada operasi sedia ada dalam tempoh 10 tahun akan datang. Meneru

Transaformasi perbankan ke arah digitalisasi akan memberi kesan yang signifikan kepada operasi sedia ada dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menerusi kajian yang dikeluarkan Roland Berger, Malaysia bakal menyaksikan penutupan hampir 600 cawangan perbankan runcit sepanjang tempoh tersebut.

Perubahan itu dilihat selari dengan peralihan pelanggan kepada perkhidmatan digital selari susulan ledakan teknologi kewangan (fintech).

Dalam kajian yang bertajuk ‘Branching out – The future of retail banking networks’, Roland Berger menjangkakan penutupan 18% atau lebih 11,000 cawangan bank di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun ke hadapan.

“Penutupan cawangan perbankan runcit ini dijangka berlaku di enam pasaran termasuk Malaysia”, jelas mereka.

Syarikat perunding terkemuka Eropah itu juga berkata Thailand, Malaysia, Indonesia dan Filipina telah mengalami fasa pertumbuhan sejak 10 tahun terakhir, namun jumlah cawangan mulai mengecil sehingga menyaksikan trajektori penurunan.

Philippe Chassat, rakan kongsi kanan Roland Berger pula berkata penutupan cawangan tersebut selaran dengan hasrat kerajaan Malaysia yang ingin mendapatkan sekurang-kurangnya 15 juta pengguna e-dompet menjelang 2025.

“Kerajaan juga menyokong pelaburan dalam infrastruktur yang diperlukan. Malaysia turut memperkenalkan program insentif besar bagi mempercepat penggunaan e-dompet,” katanya.

Sementara itu, kerancakan penggunaan mesin layan diri sejak PKP yang lalu telah melatih lebih ramai pengguna untuk melakukan pelbagai transaksi kewangan secara digital.

Berdepan dengan perubahan tersebut, sektor perbankan dijangka akan mempercepatkan transformasi cawangan dan mengoptimumkan model perniagaan masing-masing.

Walau bagaimanapun mengulas tentang kajian di atas, Malayan Banking Bhd (Maybank) berkata pihaknya tidak berhasrat untuk menutup cawangan sedia ada pada masa hadapan berikutan kepentingannya sebagai aset dan saluran perkhidmatan kepada pelanggan mereka.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: