Trump-Abe Bertemu Buat Pertama Kali Sejak Enam Bulan Yang Lalu, Rundingan Perdagangan Menjadi Agenda Utama

Trump-Abe Bertemu Buat Pertama Kali Sejak Enam Bulan Yang Lalu, Rundingan Perdagangan Menjadi Agenda Utama

PM Jepun Shinzo Abe dijangka tiba di Washington pada hari ini untuk bertemu dengan Presiden AS Donald Trump buat pertama kali sejak enam bulan yang l

PM Jepun Shinzo Abe dijangka tiba di Washington pada hari ini untuk bertemu dengan Presiden AS Donald Trump buat pertama kali sejak enam bulan yang lepas.

Abe akan memohon untuk dikekalkan hubungan peribadi beliau yang positif bersama Trump walaupun Jepun mempunyai lebihan $60 billion dagangan dan dikritik oleh Trump atas ketidakadilan tersebut.

Pertemuan Abe pada hari ini juga bertujuan mengelakkan daripada sebarang tarif atau kuota ke atas eksport auto mereka yang menguntungkan sementara Trump pula ingin membuka pasaran pertanian Jepun kepada para petani Amerika.

Sehair sebelum lawatan Abe, perunding daripada AS dan Jepun telahpun mengadakan sesi perbincangan kali kedua di Washington, bertujuan mendapatkan kesepakatan sekara yang tertumpu kepada produk pertanian dan kenderaan.

Walau bagaimanapun, perbincangan tersebut berhadapan halangan apabila Menteri Kewangan Jepun Taro Aso berkata Jepun tidak akan menyokong usaha AS untuk menggunakan yen di dalam urusan tersebut.

PM Abe hanya bersetuju untuk mengadakan perbincangan dua hala selepas Trump mengenakan tarif import ke atas produk besi dan aluminium mereka, kemudian diancam dengan penambahan 25% cukai ke atas import kenderaan termasuk daripada Jepun.

Keputusan tentang penambahan tarif ini akan diumumkan pada bulan Mei, dan Abe dilihat akan lebih berhati-hati supaya dapat mengelak masayarat awam tiada isyarat perselihan bersama Trump kepada umum

Abe sehingga hari ini telah berhati-hati untuk mengelak daripada berlakunya sebarang perselisihan dan mengekalkan kemesraan beliau bersama Trump pada pertemuan kali ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: