Trump Akan Mengeluarkan Garisan Panduan Baru Bagi Membuka Semula Ekonomi

Trump Akan Mengeluarkan Garisan Panduan Baru Bagi Membuka Semula Ekonomi

Tambahan 5.1 juta rakyat Amerika dijangka akan mengisi tuntutan insurans pengangguran pada minggu lalu menerusi data yang akan dikeluarkan malam ini,

Tambahan 5.1 juta rakyat Amerika dijangka akan mengisi tuntutan insurans pengangguran pada minggu lalu menerusi data yang akan dikeluarkan malam ini, menjadikan jumlah tuntutan berada sekitar 13.5 juta.

Pada hari Rabu lalu juga memperlihatkan kejatuhan bulanan terbesar jualan runcit AS dan kemerosotan pengeluran industri terbesar sejak tahun 1946 berikutan impak daripada perintah berkurung diseluruh negara.

Presiden Trump pada hari Khamis berkata beliau akan mengeluarkan satu garis panduan baru untuk membuka semula ekonomi di samping menyebut, “data mengisyaratkan bahawa diseluruh negara, kita telah mencapai puncak untuk kes-kes yang baru”.

Trump merujuk kepada penurunan kes baru di bandar New York dan Orleans sementara angka jangkitan terbaru di Detroit dan Denver telah mendatar. Selain itu, ‘kemajuan’ juga dikatakan berlaku di Washington, Baltimore dan St. Louis.

Ketua Ekonomi Pantheon Macroeconomics, Ian Shepherdson berkata ,”Kes baru AS per sejuta tidak lama lagi akan berada pada paras yang mana telah melonggarkan sekatan di Itali, Sepanyol dan Austria”.

Sementara WSJ pula melaporkan bahawa ketua-ketua peniaga telah menggesa Trump supaya tidak segera membuka ekonomi kerana masyarakat perlu mendapatkan akses yang lebih mudah untuk membuat ujian sebelum mendapat keyakinan untuk kembali kpada corak pekerjaan dan sosial yang biasa.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: