Trump Akan Umumkan Sekatan Baru Ke Atas Iran, Downtrend USD/CAD Tidak Berganjak

Trump Akan Umumkan Sekatan Baru Ke Atas Iran, Downtrend USD/CAD Tidak Berganjak

USD/CAD meneruskan penurunannya dengan harga minyak kekal di paras tertinggi bulanan di awal pembukaan pasaran sementara dollar pula masih dilepaskan

USD/CAD meneruskan penurunannya dengan harga minyak kekal di paras tertinggi bulanan di awal pembukaan pasaran sementara dollar pula masih dilepaskan.

WTI dan Brent yang menjadi ukuran minyak antarabangsa meneruskan peningkatan pada hari Isnin selepas Bloomberg melaporkan bahawa Presiden Trump bersedia untuk mengumumkan sekatannya yang baru ke atas Iran.

Selain didorong oleh lonjakan harga minyak, sell-off berterusan dollar turut menjadi faktor yang menarik pelabur untuk tetap pada posisi ‘short’ USD/CAD sehingga hari ini.

Setelah merekodkan pengunduran lebih 200 pips pada minggu yang lalu, USD/CAD kini didagang pada paras 1.3190, susut -0.24% setakat jam 3.15 petang.

Penurunan terhadap USD/CAD walau bagaimanapun dijangka terhad berikutan sebahagian penganalisis skeptikal dengan tempoh untuk Kanada bertahan dengan data-data makro yang positif dalam keadaan outlook pertumbuhan ekonomi global semakin lemah.

Kini dengan data Jualan Runcit bulan April yang bergerak lebih perlahan, hanya naik 0.1% berbanding 1.3% pada bulan sebelumnya, angka tersebut menjadi isyarat pertama bahawa ekonomi Kanada mula merasai bahangnya, sekali gus dijangka bakal memicu penjualan dan pembetulan matawang loonie (CAD) pada minggu ini.

Namun secara keseluruhannya, kelemahan dollar akan terus mengalih perhatian pelabur untuk membeli matawang-matawang komoditi dan tanpa data-data yang penting, isu-isu politik dilihat akan membentuk sentimen pasaran dalam masa yang terdekat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: