Trump Ancam Tarif Ke Atas Syarikat AS Yang Tidak Pindahkan Pekerjaan Kembali Ke Dalam Negara

Trump Ancam Tarif Ke Atas Syarikat AS Yang Tidak Pindahkan Pekerjaan Kembali Ke Dalam Negara

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis berkata jika beliau dipilih semula menjadi presiden, beliau akan mengenakan tarif ke atas syarikat-syarikat

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis berkata jika beliau dipilih semula menjadi presiden, beliau akan mengenakan tarif ke atas syarikat-syarikat AS yang enggan memindahkan pekerjaan dari luar kembali ke dalam negara.

“Kami akan mengenakan kredit cukai kepada syarikat untuk mengembalikan pekerjaan ke Amerika, dan jika mereka tidak melakukannya, kami akan mengenakan tarif kepada syarikat-syarikat tersebut, dan mereka harus membayar banyak wang kepada kami,” kata Trump semasa kempen di Pennsylvania.

“Jadi apa yang akan mereka lakukan? Mereka akan mengembalikan pekerjaan”, tambah beliau.

Trump walau bagaimanapun tidak memberi sebarang ulasan lanjut bagaimana sistemn kredit dan tarif yang akan dilaksanakan, dan White House juga tidak memberi sebarang keterangan rasmi berkenaan perkembangan dasar ini.

Ucapan Trump di atas dikeluarkan dalam sebuah pidato yang panjang bertujuan membantah penerimaan bekas Naib Presiden Joe Biden terhadap pencalonan parti Demokrat sebagai presiden pada hari Khamis.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: