Trump Berjanji Akan Tamatkan Pergantungan Ekonomi Dengan China Selama-lamanya

Trump Berjanji Akan Tamatkan Pergantungan Ekonomi Dengan China Selama-lamanya

Menghampiri pilihan raya di AS, Presiden Donald Trump semalam sekali lagi mengemukakan idea untuk memisahkan ekonomi AS dan China, menegaskan bahawa

Menghampiri pilihan raya di AS, Presiden Donald Trump semalam sekali lagi mengemukakan idea untuk memisahkan ekonomi AS dan China, menegaskan bahawa AS tidak akan kehilangan wang jika tidak menjalankan hubungan perniagaan dengan China.

“Jadi apabila anda menyebut perkataan memutuskan, ini adalah kata yang menarik,” jelas Trump pada sidang berita Hari Pekerja di White House di mana dia berjanji akan membawa pekerjaan kembali ke Amerika dari China.

“Kita telah kehilangan berbilion dolar dan jika kita tidak menjalankan perniagaan dengan mereka, kita tidak akan kehilangannya. Ia dinamakan sebagai ‘decoupling’, jadi anda akan mula memikirkannya,”, tambah beliau.

Presiden Trump berjanji bahawa pihak kerajaan akan menghalang pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat AS yang masih menjalinkan hubungan perniagaan bersama China di masa hadapan.

Beliau juga berjanji akan menjadikan Amerika sebagai sebagai kuasa besar pembuatan di dunia dan akan menamatkan pergantungan dengan China untuk selama-lamanya di bawah pentadbirannya.

“Sama ada mencabut, atau mengenakan tarif besar seperti yang telah saya lakukan, kami akan mengakhiri pergantungan kami di China, kerana kami tidak boleh lagi bergantung kepada mereka,” ujar Trump.

Trump juga berkata, “Kami akan mengembalikan pekerjaan dari China ke Amerika Syarikat dan kami akan mengenakan tarif kepada syarikat-syarikat yang meninggalkan Amerika untuk mewujudkan pekerjaan di China dan negara-negara lain”.

Beliau tidak menjelaskan bagaimana dasar ini akan dilaksanakan, namun hanya menjadikannya sebahagian daripada agenda pada penggal kedua.

Kenyataan Trump walau bagaimanapun dilihat tidak menepati realiti berikutan perdagangan dua hala adalah salah satu kunci utama kepada hubungan AS-China.

Walaupun Trump menyerang sektor teknologi di sana, namun kedua-dua negara masih komited terhadap perjanjian perdagangan fasa pertama yang dicapai.

Tanpa kenaikan tarif, rekod lebihan perdagangan China dengan AS pada bulan Ogos telah mencecah AS$ 34.2 bilion, tertinggi sejak November 2018.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: