Antara isu yang hangat diperdebatkan sebelum pertemuan negara G7 di Quebec adalah keputusan tariff import baru besi dan aluminium yang dilaksanakan ol
Antara isu yang hangat diperdebatkan sebelum pertemuan negara G7 di Quebec adalah keputusan tariff import baru besi dan aluminium yang dilaksanakan oleh AS ke atas Kanada, Mexico dan EU.
Namun, Trump mempertahankan tindakan beliau dengan alasan isu berkaitan keselamatan negara dan ingin menghentikan kaedah perdagangan yang telah menyebabkan keluarnya syarikat dan pekerjaan Amerika ke negara yang lain.
Di sebalik ketegangan hubungan perdagangan akibat perlaksanaan tarif tersebut, kesemua negara yang terlibat dilihat sepakat untuk mengiktiraf kenyataan bersama yang dicapai menerusi pertemuan dua hari yang bermula pada hari Jumaat yang lalu.
Keputusan ini walau bagaimanapun tergugat apabila Trump mengarahkan wakil beliau untuk tidak menandatangani sebarang kenyataan bersama yang dikeluarkan negara G7 pada hari terakhir sidang kemuncak di Quebec atas alasan Kanada tidak berlaku jujur kepada Amerika Syarikat.
Kenyataan Trump ini ditulis melalui Twitter selepas sidang media upacara penutupan sidang kemuncak oleh Justin Trudeau pada hari Sabtu lepas.
Trump turut menjelaskan bahawa tindakan beliau menarik semula sokongan adalah disebabkan oleh kenyataan palsu yang dikeluarkan oleh Justin dengan mendakwa tariff import Kanada terutamanya kenderaan telah banyak menekan petani, pekerja dan syarikat AS.
Trudeau walau bagaimanapun menegaskan bahawa tiada perubahan yang berlaku dan tetap akan terus menumpukan segala yang telah dipersetujui di dalam pertemuan sidang kemuncak yang lalu termasuk perlaksanaan tariff import baru Kanada ke atas AS.
COMMENTS