Trump: Fed ‘Bodoh’ Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah Sedangkan Ekonomi Jelas Lemah

Trump: Fed ‘Bodoh’ Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah Sedangkan Ekonomi Jelas Lemah

Presiden AS Donald Trump sekali lagi meneruskan kritikan beliau ke atas Fed dan pengerusi Jerome Powell yang akan memulakan mesyuarat dua hari dasar k

Presiden AS Donald Trump sekali lagi meneruskan kritikan beliau ke atas Fed dan pengerusi Jerome Powell yang akan memulakan mesyuarat dua hari dasar kewangan bermula pada hari ini.

Sehari sebelum mesyuarat bermula, Trump menerusi laman Twitter mengejek bank pusat dengan mengatakan dollar semakin kukuh, namun inflasi tidak dapat dikesan.

Tambah beliau, “Dalam keadaan ekonomi Perancis dan China semakin perlahan, Fed masih ingin menaikkan kadar faedah”.

Pada minggu lalu, menerusi wawancara bersama Reuters, beliau mengatakan bahawa Fed ‘bodoh’ jika terus menaikkan kadar faedah sedangkan ekonomi jelas semakin lemah dan inflasi kekal tidak berubah.

Beliau turut menyebut keperluan kadar faedah yang rendah untuk membantu ekonomi AS secara menyeluruh dalam perang perdagangan dan menegaskan bahawa bank pusat perlu bersama membantu bagi memenangi pertempuran tersebut.

Kritikan berterusan Trump telah menyebabkan bank pusat dalam keadaan tertekan kerana jika rate hike ditangguhkan, Trump akan dilihat seolah-olah berjaya campur tangan dalam keputusan mereka.

Ahli FOMC dijangka menaikkan kadar faedah buat kali keempat sebanyak 25 mata asas dan akan diumumkan pada jam 3 pagi (Khamis).

Fed telah menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur sejak Disember 2015 yang lalu dan kadar dikatakan semakin hampir ke paras neutral.

Kebanyakkan ahli ekonomi menjangkakan bank pusat akan memperlahankan kitaran pengetatan dasar mereka pada tahun hadapan.

Kebimbangan pelabur terhadap kejutan yang bakal diumumkan Fed telah menyebabkan dollar menuju penurunan dua hari berturut-turut.

Indeks USD yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang lain susut -0.17% ke paras 96.94 mata setakat jam 12.10 tengah malam.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: