Trump: Hong Kong Tidak Akan Berjaya Di Bawah China

Trump: Hong Kong Tidak Akan Berjaya Di Bawah China

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis berkata pusat kewangan global Hong Kong tidak akan dipedulikan jika berada di bawah undang-undang China yan

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis berkata pusat kewangan global Hong Kong tidak akan dipedulikan jika berada di bawah undang-undang China yang semakin ketat.

“Hong Kong tidak akan pernah berjaya di bawah China. Pasaran Hong Kong tidak akan dipedulikan. Tiada sesiapa yang akan menjalankan perniagaan”, jelas Trump kepada Fox Business.

Trump pada Mei lalu telah mengumumkan beliau dia akan mengakhiri hubungan kahs perdagangan AS dengan Hong Kong sebagai pembalasan atas penindasan Beijing di wilayah yang sebelum ini sebahagian besarnya mempunyai kuasa autonomi.

Beliau memberitahu Fox Business bahawa berakhirnya status istimewa itu bermaksud Hong Kong akan kehilangan kemampuannya untuk menarik perniagaan dan berfungsi sebagai salah satu pusat kewangan utama dunia, bersama dengan New York dan London.

Trump juga mengatakan bahawa beliau telah menyetujui untuk mengekalkan hubungan yang lama, melibatkan “sejumlah besar wang dalam bentuk insentif untuk membebaskan Hong Kong.”

Namun begitu, “China bertindak agresif dan mengambil alih, sementara saya mengambil semuanya kembali. Semuanya telah kembali sekarang dan China akan gagal,” ujar Trump.

Selain itu, Trump juga menyalahkan China yang telah menjadi punca kepada penularan wabak sehingga menggugat kedudukan beliau dalam pilihanraya presiden yang akan datang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: