Trump: Kerajaan Akan Terus Ditutup Sehingga Dana Tembok Sempadan AS-Mexico Diluluskan

Trump: Kerajaan Akan Terus Ditutup Sehingga Dana Tembok Sempadan AS-Mexico Diluluskan

Presiden AS Donald Trump berkata pada hari Selasa lalu bahawa penutupan sebahagian pentabdiran kerajaan AS akan berlanjutan sehingga dana pembinaan te

Presiden AS Donald Trump berkata pada hari Selasa lalu bahawa penutupan sebahagian pentabdiran kerajaan AS akan berlanjutan sehingga dana pembinaan tembok sempadan AS-Mexico yang dipohon oleh beliau diluluskan.

Sebahagian agensi telah ditutup pada hari Sabtu dan masih belum terdapat sebarang tanda atau usaha yang ketara untuk membuka semula bahagian pentadbiran yang terpaksa ditutup akibat penolakan Demokrat di kongres terhadap permohonan dana $5.7 billion oleh Trump bagi membina tembok sempadan.

“Saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar untuk kerajaan dibuka semula”, jelas Trump selepas persidangan sempena hari Krismas bersama tentera AS di luar negara.

Tambah beliau, “Saya hanya dapat menyatakan bahawa kerajaan tidak akan dibuka sehingga kami mendapatkan tembok, pagar atau apapun panggilan mereka.”

Trump menegaskan walauapapun panggilan atau gelaran yang diberikan kepada pembinaan tersebut, ianya tetap sebuah penghadang yang dapat menghalang kemasukan mencurah-curah orang dan dadah ke dalam negara.

“Jika tembok sempadan tidak dibina, maka kami tidak akan membukanya”, jelas beliau lagi.

Permohonan perbelanjaan bagi suku program kerajaan termasuk jabatan Keadilan, Keselamatan Dalam Negeri dan Pertanian yang bakal tamat pada hari Jumaat.

Tanpa sebarang kemajuan yang positif, penutupan agensi yang terlibat dijangka berlanjutan sehingga tahun baru.

Pembinaan tembok di sepanjang sempadan Mexico merupakan janji utama yang diulang-ulang sepanjang kempen presiden Trump yang lalu, namun ditentang hebat oleh Demokrat.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: