Trump: Lanjutan Selama 60-hari Daripada Tarikh Akhir 1 Mac Akan Dipertimbangkan

Trump: Lanjutan Selama 60-hari Daripada Tarikh Akhir 1 Mac Akan Dipertimbangkan

Tarikh tamat penangguhan penguatkuasaan penambahan tarif baru AS daripada 10% kepada 25% bakal tamat pada 1 Mac hadapan, namun Presiden AS Donald Tru

Tarikh tamat penangguhan penguatkuasaan penambahan tarif baru AS daripada 10% kepada 25% bakal tamat pada 1 Mac hadapan, namun Presiden AS Donald Trump dilapor sedang mempertimbangkan lanjutan tempoh selama 60-hari daripada tarikh tersebut.

Sesi rundingan perdagangan antara AS dan China yang seterusnya sedang berlangsung di Beijing pada hari ini, dihadiri oleh Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin, wakil perdagangan AS Robert Lighthizer dan wakil daripada China yang diketuai oleh Timbalan PM Liu He

Perbincangan ini dijangka berlangsung sehingga hari Jumaat, dikuti tiga hari mesyuarat peringkat pertengahan bagi membincangkan isu-isu teknikal termasuk mekanisme untuk menguatkuasakan sebarang perjanjian perdagangan yang disepakati.

Sentimen pelabur yang semakin pulih dapat dilihat menerusi pasaran futures saham AS yang terus mengisyaratkan perubahan yang positif.

Menjelang laporan Jualan Runcit AS bagi bulan Disember pada malam ini, indeks USD yang mengukur kekuatan greenback naik 0.07% kepada 97.02 mata.

Angka yang lebih baik dijangka dapat menggerakkan dollar di dalam julat 40 pips berbanding matawang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: