Trump: Negara Tidak Akan Ditutup Jika Berlakunya Gelombang Kedua Koronavirus

Trump: Negara Tidak Akan Ditutup Jika Berlakunya Gelombang Kedua Koronavirus

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis yang lalu menambah tekanan kepada negeri-negeri untuk membuka semula perniagaan walaupun terdapat kebimbang

Presiden AS Donald Trump pada hari Khamis yang lalu menambah tekanan kepada negeri-negeri untuk membuka semula perniagaan walaupun terdapat kebimbangan berterusan terhadap isu koronavirus.

“Saya tidak fikir rakyat akan pertahankannya” iaitu jika negeri tersebut tidak mengembalikan aktiviti yang normal pada kadar yang cepat, jelas Trump kepada wartawan ketika melakukan lawatan ke sebuah kilang automotif Michigan yang diguna semula untuk menghasilkan alat pernafasan untuk pesakit COVID-19.

Kesemua 50 negeri telah mengumumkan rancangan mereka untuk membuka semula sebahagian penutupan atau sekatan yang telah melumpuhkan ekonomi Amerika.

Trump turut berjanji sekiranya terdapat gelombang kedua coronavirus, “kita tidak akan menutup negara kita”.

Dalam ucapan beliau kepada para pekerja Kilang Komponen Rawsonville Ford Motor Co., Trump juga berkata, “penutupan yang kekal bukanlah strategi kepada negeri dan negarai yang sihat”.

Pegawai kesihatan telah memberi amaran bahawa risiko gelombang kedua coronavirus adalah tinggi, terutamanya ketika musim selsema biasa bermula pada akhir musim gugur dan pada awal musim sejuk.

Namun Trump menyuarakan keyakinan bahawa sebarang lonjakan akan dapat diatasi,”Baik ianya bara atau api, kita akan memadamkannya. Tetapi kita tidak akan menutup negara kita, “katanya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: