EUR/USD meneruskan 'retracement' di awal sesi dagangan Eropah hari Selasa, naik 0.19% ke paras 1.1660 setakat jam 5 petang. Isu yang memandu pemuli
EUR/USD meneruskan ‘retracement’ di awal sesi dagangan Eropah hari Selasa, naik 0.19% ke paras 1.1660 setakat jam 5 petang.
Isu yang memandu pemulihan euro adalah hilangnya potensi kejatuhan kerajaan Jerman apabila perjanjian berjaya dicapai antara Canselor Angela Merkel dengan Menteri Dalam Negeri Horst Seehofer yang juga ketua parti CSU Bavaria.
Perjanjian tersebut melibatkan pembukaan beberapa kem berhampiran sempadan Jerman yang mensasarkan beberapa jenis pendatang tertentu.
CSU kini berhadapan tentangan hebat daripada parti AfD dan dijangka kehilangan majoriti mudah menjelang pilihan raya Bavaria pada bulan Oktober hadapan.
Laporan Pesanan Kilang AS pada malam ini dijangka kembali positif selepas jatuh -0.8% pada bulan lalu. Namun data ini dijangka tidak akan memberi impak yang kritikal kepada pasaran.
Secara keseluruhan kebimbangan pasaran masih tertumpu kepada isu-isu berkaitan perdagangan walaupun pasaran dilihat tidak panik dengan kritikan Trump ke atas Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) apabila mendakwa mereka tidak berlaku adil ke atas AS.
Harga 1.1680 menjadi paras resistance terdekat untuk menghalang momentum bullish EUR/USD. Kemudian pada harga 1.1720 dan 1.1850 menjadi paras resistance paling signigikan yang mampu mengubah trend bearish untuk tempoh masa sederhana.
1.1615 (S1) pula kekal menjadi zon support terdekat, kemudian di paras 1.1590 (S2) dan 1.1540 (S3).
COMMENTS