Trump Pertahankan Perjanjian Bersama Mexico, Maklumat Yang Lebih Terperinci Akan Diumumkan Kelak

Trump Pertahankan Perjanjian Bersama Mexico, Maklumat Yang Lebih Terperinci Akan Diumumkan Kelak

Presiden Trump pada hari Ahad lalu mempertahankan perjanjian yang dilakukan bersama Mexico daripada kritikan yang menyebut tiadanya komitment baru un

Presiden Trump pada hari Ahad lalu mempertahankan perjanjian yang dilakukan bersama Mexico daripada kritikan yang menyebut tiadanya komitment baru untuk mengawal aliran pendatang Amerika Tengah daripada melalui kawasan sempadan selatan AS.

Aspek utama di dalam perjanjian masih belum jelas, termasuk apakah Mexico akan membeli lebih banyak produk pertanian daripada AS atau apakah perjanjian ini hanya menambahkan lagi komitmen Mexico untuk mengerah lebih banyak pasukan ke sempadan selatan.

Menerusi Twitter Trump menyebut, “Mexico tidak memberi kerjasama di atas isu sempadan yang kami miliki ataupun tidak, namun sekarang saya yakin terutamanya selepas berbincang dengan Presiden mereka, bahawa Mexico akan memberi kerjasama sepenuhnya dan juga ingin bersama menyelesaikan isu ini sebaik-baiknya”.

“Yang penting, satu perkara khusus tidak dilaporkan pada sidang akhbar semalam, yang kami persetujui bersama dan akan diumumkan pada masa yang sesuai”, tambah beliau.

Selepas berlangsungnya rundingan selama tiga hari di Washington, perjanjian berjaya diraih pada hari Jumaat yang lalu, sekali gus menghindari penguatkuasaan 5% tarif ke atas barangan Mexico pada hari ini.

Kedua-dua negara bersepakat untuk mengembangkan lagi program berkontroversi yang dikenali sebagai ‘Migration Protection Protocol’ yang telah diumumkan pada bulan Disember yang lalu.

Program tersebut memaksa pendatang yang ingin mendapatkan suaka di AS untuk menunggu di Mexico sementara permohonan mereka di proses.

Selain itu, Mexico juga akan menghantar pasukan pengawal negara ke sempadan selatan yang mana merupakan laluan para pendatang daripada Amerika Tengah untuk memasuki Mexico.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: