Trump: Potensi ‘Trade Deal’ Bersama China Sedang Bergerak Maju Kehadapan

Trump: Potensi ‘Trade Deal’ Bersama China Sedang Bergerak Maju Kehadapan

Presiden AS Donald Trump menulis di dalam Twitter bahawa telah berlalu satu sesi perbualan yang baik bersama Presiden China Xi Jinping dan potensi ber

Presiden AS Donald Trump menulis di dalam Twitter bahawa telah berlalu satu sesi perbualan yang baik bersama Presiden China Xi Jinping dan potensi berlakunya perjanjian perdagangan antara AS dan China sedang bergerak maju kehadapan.

Trump berkata, “Rundingan berjalan dengan baik. Jika berjaya, ianya akan berlaku secara menyeluruh, meliputi semua bab, tempat dan titik pertikaian. Kemajuan yang besar sedang dilakukan”.

Kedua-dua negara ini telah saling serang menyerang dalam sektor perdagangan sepanjang tahun 2018, sekali gus mengegarkan pasaran kewangan berikutan aliran barang dagangan yang bernilai berbillion dollar tergendala akibat perlaksanaan tarif yang baru.

Trump dan Xi berjanji untuk menghentikan sementara konflik antara mereka dengan menangguhkan sebarang pengumuman tarif tambahan dalam tempoh 90 hari bermula daripada 1 Disember lalu, disamping akan menggunakan tempoh tersebut untuk menyelesaikan isu yang mengeruhkan hubungan antara mereka.

Media tempatan China turut melaporkan bahawa Xi dan Trump telah berunding pada hari Sabtu dan memetik Xi sebagai berkata bahawa kedua-dua buah negara kini sedang bekerja untuk menetapkan syarat perjanjian yang akan dipersetujui bersama.

Jelas Xi, “Saya berharap kedua-dua pasukan akan bertemu satu sama lain di pertengahan jalan, bekerja keras dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesepakatan yang memberi faedah kepada kedua-duanya dan kepada dunia secepat yang mungkin”.

Menteri Luar China, Lu Kang pada hari Ahad pula berkata hubungan antara AS-China sebelum ini telah berjaya mengharungi sebarang tekanan, namun ikatan yang lebih kuat amat diperlukan kerana penting kepada ekonomi kedua-dua buah negara dan bagi memastikan kestabilan dan keamaan dunia.

Lu turut menyebut bahawa hubungan antara AS-China kini berada pada titik mula bersejarah yang baru dan kedua-dua negara perlu menghormati kedaulatan, keamanan dan kepentingan masing-masing.

“Kedua-dua pihak perlu rasional dan objektif dalam menilai tujuan strategik pihak yang lain, memperkuatkan komunikasi dan mempromosikan kepercayaan bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: