Trump Sokong Perjanjian ‘Hebat’ TikTok Bersama Oracle & Walmart

Trump Sokong Perjanjian ‘Hebat’ TikTok Bersama Oracle & Walmart

Presiden AS pada hari Sabtu yang lalu berkata bahawa beliau bersetuju dengan perjanjian yang membenarkan syarikat gergasi Silicon Valley, Oracle untu

Presiden AS pada hari Sabtu yang lalu berkata bahawa beliau bersetuju dengan perjanjian yang membenarkan syarikat gergasi Silicon Valley, Oracle untuk menjadi rakan kongsi data dengan TikTok bagi mengelakkan penutupan aplikasi perkongsian video terkenal tersebut di Amerika Syarikat.

Perjanjian yang diumumkan itu turut memasukkan Walmart sebagai rakan niaga dan akan mewujudkan syarikat AS yang baru bernama TikTok Global.

“Saya fikir ianya akan menjadi satu perjanjian yang hebat,” kata Trump. “Saya telah memberikan kebenaran. Jika mereka dapat melakukannya, ianya bagus, jika tidak juga tidak mengapa”.

TikTok yang dimiliki oleh ByteDance China telah mengesahkan perjanjian tersebut. Memetik sumber Reuters, ByteDance mengatakan bahawa Oracale dibenarkan membeli 12.5% saham mereka dan 7.5% kepada Walmart sebelum IPO yang baru.

“Kami gembira bahawa cadangan oleh TikTok, Oracle, dan Walmart akan menyelesaikan kebimbangan terhadap isu keselamatan oleh pentadbiran Trump dan menyelesaikan persoalan mengenai masa depan TikTok di AS,” kata jurucakap TikTok semalam.

ByteDance juga mengesahkan perjanjian itu di media sosial, mengatakan bahawa ketiga-tiga syarikat itu akan mencapai kesepakatan secepat yang mungkin “sesuai dengan undang-undang AS dan China”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: