Trump Tangguhkan Tarikh Pembukaan Semula Ekonomi AS

Trump Tangguhkan Tarikh Pembukaan Semula Ekonomi AS

Presiden AS Donald Trump melanjutkan tempoh pembukaan semula ekonomi AS dengan menyatakan bahawa terdapanya risiko hilang kawalan jika dibiarkan gelo

Presiden AS Donald Trump melanjutkan tempoh pembukaan semula ekonomi AS dengan menyatakan bahawa terdapanya risiko hilang kawalan jika dibiarkan gelombang penularan Covid-19 berleluasa.

Pada sidang media hari Ahad yang lalu, Trump memanjangkan tempoh arahan penjarakan sosial sehingga akhir bulan April.

Sebagaimana yang dilaporkan oleh The Guardian, Trump telah meningkatkan jangkaan impak pandemik koronavirus walaupun pada senario yang paling baik dengan menyebut memastikan jumlah kematian berada sekitar 100,000 sehingga 200,000 menunjukkan hasil usaha kerajaan yang sangat baik.

Angka tersebut mengisyaratkan bahawa AS bakal menghadapi impak pandemik yang lebih buruk yang mana data tinjauan Johns Hopkins telah mengesahkan 2,500 kematian akibat Covid-19 di AS daripada 143,000 kes yang telah disahkan.

Sentimen pelabur masih bercampur dengan komen yang dikeluarkan oleh Trump dengan saham Wall Street menunjukkan penyusutan 0.2% kontrak futures Dow Jones 30, sementara futures Nasdaq naik 0.1%

Dolar AS pula menemui paras lompatan untuk melonjak keluar daripada penurunan minggu lalu disamping mengukuh berbanding matawang negara membangun yang lain.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: