Trump: Tanpa Autonomi Penuh, AS Akan Hapuskan Hak Istimewa Yang Diberikan Kepada Hong Kong

Trump: Tanpa Autonomi Penuh, AS Akan Hapuskan Hak Istimewa Yang Diberikan Kepada Hong Kong

Presiden Donald Trump dalam ucapannya pada hari Jumaat mengatakan AS akan menghapuskan polisi yang memberi hak istimewa kepada Hong Kong berikutan pe

Presiden Donald Trump dalam ucapannya pada hari Jumaat mengatakan AS akan menghapuskan polisi yang memberi hak istimewa kepada Hong Kong berikutan penguasaan Beijing ke atas autonomi negara tersebut.

Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas China meluluskan undang-undang keselamatan nasional baru di Hong Kong yang mana akan membanteras demonstrasi awam.

Di bawah undang-undang baru ini, Beijing telah melanggar janjinya untuk memastikan Hong Kong mengekalkan tahap autonomi tinggi yang membolehkan negara tersebut terus menerima hakistimewa dari A.S, jelas Trump.

Trump walau bagaimanapun berhenti daripada mengumumkan sebarang sekatan baru ke atas China yang mana menjadi tajuk hangat yang membimbangkan pasaran terhadap potensi ketegangan dan membatalkan perjanjian perdagangan yang dimeterai awal tahun yang lalu.

Namun begitu, Trump tetap mengaskan bahawa AS akan menamatkan hubungan mereka dengan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan akan mengalihkan dana yang telah diperuntukkan kepada organisasi-organisasi yang lain.

Secara keseluruhan, pengumuman Trump di atas telah memulihkan pegangan saham-saham Wall Street sehingga memadamkan sebahagian besar kerugian harian dan mengakhiri dagangan minggu ini di zon positif.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: