Trump: Tarikh Akhir Untuk ByteDance Jual Operasi TikTok Di AS Tidak Akan Dilanjutkan

Trump: Tarikh Akhir Untuk ByteDance Jual Operasi TikTok Di AS Tidak Akan Dilanjutkan

Ketika berucap di media lewat petang semalam di AS atau awal pagi Jumaat di Asia, Presiden AS Donald Trump tetap teguh dengan penentangannya ke atas

Ketika berucap di media lewat petang semalam di AS atau awal pagi Jumaat di Asia, Presiden AS Donald Trump tetap teguh dengan penentangannya ke atas China.

Beliau telah memusnahkan harapan ibu syarikat pemilik aplikasi TikTok, ByteDance untuk mengelak daripada menjual operasi mereka di AS selepas perbincangan bersama pihak diplomasi AS pada 9 September yang lalu.

Trump berkata bahawa beliau tidak akan melanjutkan tarikh akhir 15 September untuk Bytedance Ltd. menjual operasi perkongsian video TikTok mereka di AS.

“Kami sama ada akan menutup TikTok dalam negara ini dengan alasan keselamatan, atau akan menjualnya”, jelas Trump kepada wartawan pada hari Khamis sebelum berlepas Michigan untuk kempen presiden beliau.

“Tarikh akhir yang ditetapkan untuk syarikat China ByteDance menjual aset aplikasi video pendek popular TikTok AS tidak akan dilanjutkan”, tambah beliau.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: