Trump: Tempoh Pinjaman Program Perlindungan Gaji Mungkin Akan Dilanjutkan

Trump: Tempoh Pinjaman Program Perlindungan Gaji Mungkin Akan Dilanjutkan

Presiden AS Donald Trump pada hari Isnin lalu berkata melanjutkan tempoh penggunaan pinjaman di bawah Program Perlindungan Gaji (PPP) daripada 8 kepa

Presiden AS Donald Trump pada hari Isnin lalu berkata melanjutkan tempoh penggunaan pinjaman di bawah Program Perlindungan Gaji (PPP) daripada 8 kepada 24 minggu ‘adalah mudah’.

Komen tersebut dikeluarkan oleh Trump selepas berbincang bersama eksekutif-eksekutif restoran, antara sektor yang terkesan dengan perintah kawalan pergerakan dan hanya boleh menawarkan pesanan melalui bungkusan atau penghantaran.

Perniagaan-perniagaan kecil telah memastikan bahawa syarat semasa program PPP yang memerlukan mereka membelanjakan bantuan dalam tempoh 8 minggu adalah terlalu ketat untuk memenuhi semua keperluan mereka.

Mereka perlu membelanjakan wang yang diberikan dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mendapat pelepasan daripada pinjaman yang diberikan.

“Kami fikir menjadikanya 24 minggu lebih sesuai untuk memastikan pemilik-pemilik restoran yang menyertai program ini dapat menguruskan kembali dan menggaji semula pekerja yang mana ini tujuan PPP diperkenalkan”, jelas Jose Cil, CEO Restauran Brands International.

“Pembetulan perlu dilakukan sekarang”, kata Sean Feeny, pengasas bersama syarikat restauran New York Grovehouse.

Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin menyebutkan bahawa beliau sedang meneliti beberapa perubahan teknikal ke atas program PPP yang mana akan melanjutkan tempoh penggunaan dana pinjaman tersebut, namun mungkin tidak akan mencapai sehingga 24 minggu.

Mnuchin juga mengatakan perubahan ini dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan antara yang menyuarakan sokongan adalah Marco Rubio, Senator Repulik dan Chris Van Hollen, Senator Demokratik.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: