Trump Teruskan Serangan Ke Atas Fed, Kini Menuduh Powell Telah Membahayakan Ekonomi AS

Trump Teruskan Serangan Ke Atas Fed, Kini Menuduh Powell Telah Membahayakan Ekonomi AS

Selepas mengkritik Fed telah 'gila' apabila mengetatkan dasar kewangan, Presiden AS Donald Trump kini secara langsung menuduh Pengerusi Fed Jerome Pow

Selepas mengkritik Fed telah ‘gila’ apabila mengetatkan dasar kewangan, Presiden AS Donald Trump kini secara langsung menuduh Pengerusi Fed Jerome Powell telah membahayakan ekonomi AS dengan menaikkan kadar faedah.

Berdasarkan laporan The Wall Street Journal (WSJ), Trump menyebut, “Saya hanya ingin mengatakan: Saya tidak gembira dengan Fed kerana kadar faedah pada zaman Obama adalah kosong”.

“Setiap kali kami melakukan sesuatu yang baik, beliau (Powell) akan naikkan kadar faedah”, tambah Trump.

Trump enggan mengulas lebih lanjut selepas mengatakan Powell seolah-olah terlalu gembira untuk menaikkan kadar faedah.

Walaupun Trump mengakui bank pusat Fed adalah bebas daripada pengaruh politik, namun beliau sentiasa mengkritik tindakan Fed dan sentiasa membandingkan prestasi ekonomi di bawah pentadbiran beliau dengan Obama.

Fed telah menaikkan tiga kali kadar faedah pada tahun ini berikutan ekonomi sedang hangat dan dijangka mengumumkan satu lagi rate hike pada bulan Disember.

“Bagaimana kamu nak bersaing dengan prestasi ekonomi Obama? Dan perlu diingatkan satu perkara penting – kadar faedah zaman Obama adalah kosong”, kata Trump lagi.

Obama mengambil alih pentadbiran selepas ‘Great Recession’ pada Disember 2007.

Federal Reserve ketika itu telah menetapkan kadar faedah pada paras paling rendah dalam sejarah sebagai salah satu usaha menyuntik wang ke dalam ekonomi.

Apabila ditanya apakah beliau menyesal memilih Powell sebagai pengerusi Fed, Trump menyebut, “Terlalu awal untuk dinyatakan, tetapi mungkin”.

Powell sebelum ini telah menyebut bahawa beliau dan pegawai-pegawai Fed yang lain tidak terjejas dengan kritikan Trump.

“Fokus saya adalah untuk mengawal apa yang tidak terkawal. Kami mengawal apa yang berlaku”, kata Powell dalam sesi temuramah bersama Judy Woodruff PBS pada bulan ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: