Trump: Tol Melintas Sempadan Dari Mexico Mungkin Dapat Membiayai Pembinaan Tembok

Trump: Tol Melintas Sempadan Dari Mexico Mungkin Dapat Membiayai Pembinaan Tembok

Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa berkata kerajaan beliau berkemungkinan akan mengenakan "tol" pada kereta yang melintasi AS dari Mexico untu

Presiden AS Donald Trump pada hari Selasa berkata kerajaan beliau berkemungkinan akan mengenakan “tol” pada kereta yang melintasi AS dari Mexico untuk membiayai pembinaan tembok yang dijanjikannya di sempadan selatan.

“Mereka akan membayar di perbatasan, di pintu gerbang, kereta melaluinya, kami akan membuat tol – atau kami mungkin akan membina tol,” kata Trump dalam sebuah acara di Yuma, Arizona, di mana dia menyebutkan tentang isu pembinaan tembok.

Trump telah menghadapi kritikan sejak beliau gagal memenuhi janji kempen presidennya untuk membuat Mexico membayar bagi pembinaan tembok perbatasan.

Beliau sebaliknya mengalihkan dana berbilion dolar dari Pentagon untuk mendanaai pembinaan tersebut, mencetuskan perbalahan di kongres yang tidak meluluskan pengeluaran tersebut.
 
“Ya, Mexico membayar tembok itu,” jelas Trump menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan bahawa Mexico yang akan membiayai pembinaan tersebut.

Bloomberg melaporkan bahawa Trump dan pegawai lain di Yuma menolak untuk mengatakan berapa jumlah tol itu.

Namun tidak lama kemudian Trump menyebutkan “kami mungkin melakukannya dalam bentuk cukai, wang dihantar ke Mexico” – merujuk kepada cadangan beliau bahawa AS mungkin kiriman wang cukai ke negara tersebut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: