Trump: Trade Deal Berkemungkinan Tertangguh Sehingga Pilihan Raya Presiden 2020

Trump: Trade Deal Berkemungkinan Tertangguh Sehingga Pilihan Raya Presiden 2020

Presiden AS Donald Trump berkata perjanjian perdagangan bersama China berkemungkinan akan ditangguh sehingga tamat pilihan raya presiden Amerika pada

Presiden AS Donald Trump berkata perjanjian perdagangan bersama China berkemungkinan akan ditangguh sehingga tamat pilihan raya presiden Amerika pada November 2020.

Kenyataan tersebut melemahkan harapan para pelabur untuk melihat konflik antara dua kuasa besar yang telah membebankan ekonomi dunia diselesaikan pada kadar yang lebih cepat.

“Tiada tarikh akhir yang ditetapkan. Saya juga berfikir adalah lebih baik untuk kami (AS & China) menunggu sehingga selesai pilihan raya”, jelas Trump dihadapan wartawan ketika menghadiri mesyuarat ketua NATO di London.

Tambah beliau, “Namun China ingin mendapatkan perjanjian dengan segera, dan kami akan memastikan sama ada perjanjian tersebut mengikuti landasan yang benar atau sebaliknya”.

Pasaran saham dan matawang Yuan China jatuh merudum dengan komen Trump tersebut berikutan perjanjian ‘fasa pertama’ yang telah diumumkan sejak bulan Oktober terus berhadapan dengan halangan dan belum berjaya ditandatangani secara rasmi.

Trump turut mengeruhkan keadaan apabila mengatakan perjanjian bersama China hanya akan berlaku atas kehendak beliau.

“Saya tidak merasakan bahawa perjanjian ini bergantung kepada kemahuan China, tetapi hanya berlaku jika saya inginkannya. Mereka akan mengetahuinya tidak lama lagi”, jelas Trump.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: