Trump: Ujian Vaksin Moderna Kini Memasuki Fasa Ketiga

Trump: Ujian Vaksin Moderna Kini Memasuki Fasa Ketiga

Presiden AS Donald Trump awal pagi tadi berkata ujian vaksin Moderna kini telah memasuki fasa ketiga. Percubaan klinikal Tahap 3 ini dibentuk untu

Presiden AS Donald Trump awal pagi tadi berkata ujian vaksin Moderna kini telah memasuki fasa ketiga.

Percubaan klinikal Tahap 3 ini dibentuk untuk menilai apakah vaksin yang sedang diselidik dapat mula mencegah gejala penyakit koronavirus 2019 (Covid-19) pada orang dewasa.

Vaksin yang dikenali sebagai mRNA-1273 telah dikembangkan bersama antara syarikat bioteknologi yang berpusat di Cambridge, Massachusetts, Moderna, Inc., dan Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional (NIAID) yang merupakan sebahagian daripada Institut Kesihatan Negara.

Ujian yang akan dijalankan di lokasi penyelidikan klinikal AS, dijangka memperoleh kira-kira 30,000 sukarelawan dewasa berdaftar yang tidak mempunyai sejarah jangkitan Covid-19.

Krisis wabak ini telah menjadi beban yang besar kepada global terutamanya di AS yang masih menunjukkan peningkatan angka jangkitan harian terutamanya di California, Florida, Texas dan Arizona.

Hal yang menjadi kebimbangan para pelabur pasti adalah AS tidak lagi dapat mengawal rawatan kecemasan yang terburuk dalam abad ini sebagaimana yang dilakukan pada bulan-bulan yang lalu.

Oleh itu, kehadiran vaksin mengembalikan harapan untuk melihat fasa pemulihan yang lebih stabil dan kukuh.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: