Trump & Xi Sampaikan Mesej  Yang Bercampur, Dua Faktor Bakal Mengganggu Kelancaran Rundingan

Trump & Xi Sampaikan Mesej Yang Bercampur, Dua Faktor Bakal Mengganggu Kelancaran Rundingan

Ketua negara AS dan China pada hari Jumaat yang lalu menyuarakan keinginan untuk mendapatkan perjanjian awal dan menamatkan peperangan tarif yang tel

Ketua negara AS dan China pada hari Jumaat yang lalu menyuarakan keinginan untuk mendapatkan perjanjian awal dan menamatkan peperangan tarif yang telah berlanjutan selama 16 bulan sehingga mengakibatkan gangguan pada pasaran kewangan dan menekan pertumbuhan ekonomi global.

Presiden China Xi Jinping berkata Beijing ingin menjayakan perjanjian perdagangan fasa pertama seperti yang dirancang, namun tidak khuatir untuk membalas apabila diperlukan.

Presiden Trump pada hari yang sama berkata potensi untuk mendapatkan kesepakatan terhadap isu perdagangan bersama China semakin hampir, akan tetapi persoalan yang timbul apakah Trump akan bersetuju atau menolaknya.

Tambahan pula kelancaran proses rundingan akan terganggu sekiranya Trump menandatangani bill undang-undang yang menyokong penunjuk perasaan pro-demokrasi di Hong Kong ataupun jika kapal perang AS terus berlayar berhampiran pulau yang didakwa berada di kawasan selatan laut China.

Sementara menantikan perkembangan terkini terhadap isu di atas, para pelabur pada hari ini akan mengemas kini data hasil tinjauan Ifo terhadap keyakinan para peniaga di Jerman termasuk sektor pembuatan dan pembinaan.

Bacaan indeks dijangka meningkat daripada 94.6 kepada 95.0 mata pada bulan November, mengisyaratkan bahawa syarikat-syarikat di Jerman yakin dengan pemulihan terhadap peniagaan untuk enam bulan kehadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: