‘TRUTH Social’ Trump Dijangka Akan Dilancarkan Pada 21 Februari

‘TRUTH Social’ Trump Dijangka Akan Dilancarkan Pada 21 Februari

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan akan melancarkan aplikasi media sosialnya sendiri yang dikenali sebagai 'TRUTH Social'

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilaporkan akan melancarkan aplikasi media sosialnya sendiri yang dikenali sebagai ‘TRUTH Social’ pada 21 Februari.

TRUTH Social merupakan alternatif Trump Media & Technology Group (TMTG) kepada Twitter, tersedia untuk pra pesanan sebelum disiarkan secara langsung pada cuti Hari Presiden AS.

Menurut Reuters, aplikasi yang direka sebagai alternatif kepada Twitter itu, dijangka mempunyai ciri untuk mengikuti pengguna lain dan topik-topik yang trending.

Laporan-laporan media bagaimanapun berkata Trump Media & Technology Group dan Apple belum mengulas dan menjawab berita yang diterbitkan itu.

Pelancaran aplikasi itu muncul 13 bulan selepas Meta Platforms Inc FB dan Twitter menyekat Trump daripada mengakses akaun sosialnya berikutan rusuhan yang dilakukan oleh para penyokongnya di Bangunan Capitol, Washington pada 6 Januari lalu.

Facebook telah mengharamkan Trump selama dua tahun bermula 7 Januari 2021 selepas beliau membuat komen yang didakwa telah mendorong rusuhan berlaku sehingga menyebabkan lima orang maut di bangunan tersebut.

Twitter turut menggantung akaun Trump yang mempunyai lebih 88 juta pengikut atas risiko bahawa beliau boleh mencetuskan ‘api keganasan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: