Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami terbesar dalam tempoh lima tahun selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda di luar pantai Fukushima. Ia adala
Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami terbesar dalam tempoh lima tahun selepas gempa bumi bermagnitud 7.4 melanda di luar pantai Fukushima. Ia adalah merupakan gempa bumi terkuat berlaku selepas gempa bumi bermagnitud 9 melanda Jepun lima tahun lalu.
Yen melonjak hampir 0.5% kepada 110.270 berbanding Dollar sejurus sahaja gempa bumi berlaku, namun ketika artikel ini ditulis harga sudah kembali ke paras 110.850. Signifikasinya, kekuatan Yen pastinya didorong oleh penjualan aset di pasaran stok dan ekuiti. Pasaran stok Nikkei jatuh sebanyak 0.3% selepas melonjak selama 4 hari.
Masih terlalu awal untuk melihat apa reaksi pasaran dan impaknya akibat daripada gempa bumi ini dan yang paling penting adalah jika Tsunami melanda nanti.
Dalam ulasan mengenai Yen di dalam artikel saya semalam https://www.ctc.fm/dollar-yen-boj-beli-bon-tanpa-tapi-kenapa/, Yen sudahpun berada dalam jangkaan melemah dan jika berlakunya Tsunami nanti pastinya Yen akan terus melemah.
Volatiliti dijangkakan untuk matawang Yen, pastikan anda berdagang dengan kawalan risiko yang baik.
- Syarikat Pemula AI Milik Elon Musk ...
- COP28: Bank-bank UAE Berjanji Membi ...
- Bank Pusat Australia Kekalkan Kadar ...
- Bitcoin Lepasi AS$41,000 Buat Kali ...
- Spotify Akan Kurangkan Kakitangan S ...
- Thailand, Hong Kong Lancar Pautan P ...
- Vietnam Bentang Rancangan Peralihan ...
- Powell : Spekulasi Fed Akan Kurangk ...
- Wanita Malaysia Terkejut Baki Akaun ...
- Mercedes-Benz, BMW Tubuh Usaha Sama ...
COMMENTS