Tunjuk Perasaan Bantahan Atas Pelantikan Donald Trump

Tunjuk Perasaan Bantahan Atas Pelantikan Donald Trump

Menurut laman sesawang www.womensmarch.com satu tunjuk perasaan akan diadakan di Endependence Ave & 3rd St SW jam 10.00 pagi waktu Washington D.C.

Menurut laman sesawang www.womensmarch.com satu tunjuk perasaan akan diadakan di Endependence Ave & 3rd St SW jam 10.00 pagi waktu Washington D.C. 21 Januari 2017. Iaitu sehari selepas Trump mengangkat sumpah sebagai presiden US. Perhimpunan ini diadakan bagi membantah dan menyuarakan kebimbangan atas dasar Trump yang dipercayai menjadi ancaman kepada hak-hak wanita di US kelak.

 

Kebimbangan ini dirisaukan dari hak menggugurkan kandungan, capaian perubatan, dan hak bayaran gaji yang saksama dengan tenaga kerja lelaki. Laporan portal media US ada menjangkakan tunjuk perasaan ini dapat menarik minat hampir 1 juta peserta. Tunjuk perasaan besar-besaran ini dijangkakan akan membuatkan hari-hari pertama Trump di meja presiden sedikit rumit. Kebimbangan geopolitik seperti ini jika tidak dikawal boleh mempengaruhi kekuatan Dolar Amerika.

 

Semalam, 20/01/2017 ketika pra sambutan Trump mengangkat sumpah oleh kumpulan penyokong Trump diadakan di 14th Street, sekumpulan penunjuk perasaan anti-Trump telah membuat kacau. Pihak polis telah membuat beberapa tangkapan di kedua-dua pihak penyokong dan anti-Trump. Ini merupakan salah 1 tunjuk perasaan yang telah diadakan di seluruh US dalam skala yang kecil.

 

Berbanding Presiden Barrack Obama dalam tempoh perkhidmatan beliau, amat kurang penunjuk perasaan diadakan bagi membantah pelantikan Obama. Obama dilihat lebih popular dan konservatif dalam tempoh pemerintahan beliau.

 

“Berdaganglah dengan bijak, kadangkala tiada posisi dalam dagangan juga adalah satu posisi”

 

Wallahualam

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: