Turki Tidak Perlukan Bantuan IMF Untuk Menyelesaikan Masalah Ekonomi Mereka

Turki Tidak Perlukan Bantuan IMF Untuk Menyelesaikan Masalah Ekonomi Mereka

Badan tertinggi ekonomi Turki pada hari ini mengatakan bahawa mereka tidak akan memohon bantuan IMF dalam usaha menghentikan spekulasi pasaran. Pe

Badan tertinggi ekonomi Turki pada hari ini mengatakan bahawa mereka tidak akan memohon bantuan IMF dalam usaha menghentikan spekulasi pasaran.

Penyusutan lira turki lebih daripada suku nilainya pada Ogos tahun lalu menyebabkan khabar angin yang menjangkakan Turki akan mengadakan satu perjanjian bersama IMF.

Krisis matawang lira telah menyebabkan inflasi pengguna melonjak naik empat kali melepasi sasaran ramsi 5% dan mungkin membawa ekonomi menuju krisis kemelesetan pertama dalam tempoh sedekad yang lalu akibat kelemahan permintaan domestik dan output industri.

Pentadbiran Turki telah berulang kali menegaskan bahawa kekuatan fundamental ekonomi cukup kukuh untuk mengatasi tekanan daripada pasaran kewangan ini.

Di samping itu, Jabatan Perbendaharaan mejelaskan paras keberhutangan, nisbah rollover dan disiplin fiskal Turki menjadi punca mengapa keperluan mendapatkan bantuan IMF dapat diketepikan.

Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika berhadapan serangan kewangan pada tahun lalu berkata Turki tidak akan mengambil sebarang pinjaman daripada IMF kerana syarat pemberi pinjaman akan menyebabkan mereka tidak mungkin mencapai dasar luar yang bebas.

Campur tangan Jabatan Perbendaharaan walau bagaimanapun dilihat tidak mampu mendiamkan penganalisis ekonomi dan politik Turki yang percaya bahawa negara tersebut akan memerlukan panduan dan dorongan IMF bagi menstabilkan ekonomi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: