FILE PHOTO: A Twitter logo is seen outside the company headquarters in San Francisco, California, U.S., January 11, 2021. REUTERS/Stephen Lam

Twitter Akan Mulakan Pembuangan Pekerja Besar-Besaran Hari Ini

Twitter akan memaklumkan kepada pekerjanya melalui e-mel pada hari ini tentang sama ada mereka telah diberhentikan, menutup pejabatnya buat sementara waktu dan menghalang akses kakitangan.

Keputusan itu dibuat selepas masa depan syarikat media sosial itu mengalami ketidaktentuan sejak seminggu yang lalu di bawah pemilik baharu Elon Musk.

Syarikat media sosial itu berkata dalam e-mel kepada kakitangan bahawa ia akan memaklumkan kepada pekerja menjelang 1600 GMT hari ini (12 tengah malam waktu Malaysia) mengenai pemotongan kakitangan.

“Dalam usaha untuk meletakkan Twitter pada laluan yang sihat, kami akan melalui proses sukar untuk mengurangkan tenaga kerja global kami pada hari Jumaat,” kata e-mel itu.

Retuers melaporkan bahawa Twitter akan menutup pejabatnya buat sementara waktu dan semua lencana akses akan digantung untuk “membantu memastikan keselamatan setiap pekerja serta sistem Twitter dan data pelanggan.”

Platform media sosial itu juga berkata pekerja Twitter yang tidak terjejas oleh pemberhentian akan dimaklumkan melalui alamat e-mel kerja mereka.

Kakitangan yang telah diberhentikan akan dimaklumkan dengan langkah seterusnya ke alamat e-mel peribadi mereka, kata memo itu.

Pemberhentian yang telah lama dijangka itu, telah menghapuskan budaya korporat terbuka Twitter yang terkenal dan dihormati oleh pekerjanya.

Musk sebelum ini juga telah memecat CEO, eksekutif kewangan serta eksekutif undang-undang tertinggi Twitter, termasuk pegawai kanan yang berada di bahagian pengiklanan, pemasaran dan sumber manusia syarikat.

Tidak lama selepas memo itu dikeluarkan, ratusan pekerja Twitter membanjiri saluran Slack syarikat untuk mengucapkan selamat tinggal, lapor Reuters.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *