uber-britian

Uber Capai Penyelesaian Cukai £615 Juta Dengan Pihak Berkuasa Britain

Uber akan membayar sebanyak £615 juta atau sekitar RM3.34 bilion kepada pihak berkuasa Britian bagi menyelesaikan pertikaian cukai selepas keputusan kehakiman British yang mengklasifikasikan pemandu sebagai pekerja, kata syarikat itu semalam.

Syarikat perkhidmatan e-hailing itu mendedahkan perjanjian dengan HM Revenues and Customs ketika melaporkan pendapatan suku ketiga, mengatakan bahawa pembayaran tunai akan dihantar kepada pihak berkuasa pada suku keempat.

Penyelesaian itu adalah kesan gelombang terbaharu daripada keputusan besar Mac 2021 oleh Mahkamah Agung Britain yang mengklasifikasikan pemandu Uber sebagai pekerja, menolak bantahan syarikat Silicon Valley bahawa pemandu itu harus dikategorikan sebagai bekerja sendiri.

Hasil daripada keputusan itu, pihak berkuasa British telah menggunakan hujah bahawa Uber perlu dikenakan cukai VAT untuk tempoh sebelum Mac 2022 apabila ia beroperasi di UK.

Pada Mei 2021, Uber mencapai persetujuan dengan kesatuan sekerja Inggeris untuk mewakili 70,000 pemandunya di Britian.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *