UBS: Sistem Perbankan China Dianggarkan Rugi Lebih AS$200b Dalam Hartanah

UBS: Sistem Perbankan China Dianggarkan Rugi Lebih AS$200b Dalam Hartanah

Kemerosotan hartanah China dianggarkan telah merugikan sistem perbankan negara sebanyak 1.5 trilion yuan (AS$212 bilion) dalam kerugian pinjaman, bon

Kemerosotan hartanah China dianggarkan telah merugikan sistem perbankan negara sebanyak 1.5 trilion yuan (AS$212 bilion) dalam kerugian pinjaman, bon dan aset-aset lain.

Menurut May Yan, ketua penyelidikan ekuiti kewangan UBS Group AG, kerugian sedemikian akan “boleh dihadam oleh sistem perbankan, kerana bank mempunyai kuasa pendapatan yang kukuh dan rizab yang tinggi” terhadap aset tidak berbayar.

“Oleh itu, kami tidak menjangkakan sebarang krisis sistem perbankan pada ketika ini,” jelasnya.

Yan menganggarkan bahawa bank-bank China mempunyai kira-kira 88 trilion yuan pendedahan kepada hartanah, dan berkata bahawa penstabilan sektor itu “sangat penting” untuk menghindari kerugian selanjutnya.

Kerajaan China pada hujung minggu telah melancarkan pakej menyeluruh untuk membantu sektor-sektor yang terjejas.

Pihak pengawal selia telah mengeluarkan pelan 16 mata kepada firma kewangan, dengan langkah-langkah yang merangkumi cara-cara menangani tekanan mudah tunai pada pemaju kepada kaedah melonggarkan keperluan bayaran muka untuk pembeli rumah.

Garis panduan baharu itu menunjukkan “sokongan kerajaan pusat yang lebih kukuh dan komprehensif” untuk sektor hartanah, kata Yan.

Bank Switzerland menjangkakan kadar pemulihan yang rendah ke atas pinjaman dan bon tidak bercagar, dan menambah bahawa jika projek hartanah yang terhenti tidak disiapkan, bank boleh mengalami kerugian selanjutnya daripada gadai janji.

Pada masa yang sama, pemberi pinjaman China telah diarahkan oleh kerajaan untuk meningkatkan pinjaman kepada sektor hartanah, termasuk 400 bilion yuan dalam pembiayaan dalam dua bulan terakhir tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: