Ucapan PM Theresa May Dan Isu Korea Utara Memperlahankan GBP/USD

Ucapan PM Theresa May Dan Isu Korea Utara Memperlahankan GBP/USD

Jumaat setelah mencapai paras 1.3590, pasangan mata wang GBP/USD berada di fasa perlahan disebabkan oleh pasaran yang menunggu ucapan dari perdana

Jumaat

setelah mencapai paras 1.3590, pasangan mata wang GBP/USD berada di fasa perlahan disebabkan oleh pasaran yang menunggu ucapan dari perdana menteri UK Theresa May untuk arah tuju seterusnya.

Pasangan mata wang GBP/USD kekal di bawah paras 1.3600

Paras ini bertahan kerana peserta pasaran lebih berhati dan mengambil langkah selamat di tengah-tengah konflik yang meruncing di Korea Utara.

Selain itu, dijangkakan paras kenaikkan akan kekal dalam keadaan tunggu dan lihat menjelang ucapan perdana menteri UK Theresa May yang bakal belansung di Florence pada lewat hari ini.

Pasaran kewangan masih menunggu penjelasan mengenai strategi brexit kerana United Kingdom dan EU masih buntu tentang kos untuk proses Brexit .

Kenyataan yang bakal dikeluarkan oleh PM May akan memainkan peranan didalam halatuju GBP, dimana seandainya kenyataan buruk akan menolak GBP/USD ke paras 1.3450. Seandainya pasaran kewangan mendapat pengesahan tentang strategi Brexit pada ucapan PM May, ia akan membawa GBP/USD melepasi paras 1.3650

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: