Ucapan ‘State Of Union’ Trump Meningkat Prospek ‘Goverment Shutdown’ Seterusnya

Ucapan ‘State Of Union’ Trump Meningkat Prospek ‘Goverment Shutdown’ Seterusnya

Menerusi ucapan tahunan 'State of Union' oleh Presiden Trump pada sesi Kongres hari ini, beliau menyatakan bahawa kemasukan pendatang tanpa izin adal

Menerusi ucapan tahunan ‘State of Union’ oleh Presiden Trump pada sesi Kongres hari ini, beliau menyatakan bahawa kemasukan pendatang tanpa izin adalah krisis negara yang perlu ditangani segera.

Trump turut mengulangi janji beliau untuk membina tembok sempadan dan hal ini meningkatkan semula prospek penutupan kerajaan.

Tembok disepanjang sempadan Mexico bertujuan menghalang kemasukan tanpa izin imigran ke dalam negara dan hal ini menjadi tunjang utama kepada sewaktu kempen presiden Trump yang lalu.

Akan tetapi, kongres yang dahulunya dikuasai Republik tidak meluluskan sebarang permohohan dana untuk tujuan pembinaan tersebut sepanjang separuh penggal pemerintahan Trump.

Kini dewan yang dikuasai oleh Demokrat telah menolak permintaan pembiayaan sebanyak $5.7 billion untuk membina tembok tersebut sehingga mengakibatkan sebahagian agensi kerajaan AS ditutup untuk 35 hari.

Di dalam ucapan tahunan, tanpa memberi butiran mengenai kaedah pembayaran ataupun kos yang akan digunakan, Trump menggesa supaya kongres meluluskan ‘bill’ yang dikemukakan bagi meningkatkan infrastruktur negara yang telah lama.

Mengulas tentang konflik perdagangan AS dan China, Trump berkata sebarang perjanjian yang akan dicapai bersama Beijing perlu disertakan satu perubahan struktur yang benar bagi menamatkan amalan perdagangan yang tidak adil.

Jelas Trump, perkara ini sekali gus akan dapat mengurangkan defisit perdagangan mereka yang kronik serta mempertahankan para pekerja Amerika.

Para pegawai diperingkat tertinggi AS dan China bakal memulakan sesi rundingan perdagangan seterusnya pada minggu hadapan bagi mendapatkan kesepakatan tentang harta intelek Amerika dan mengelakkan daripada berlakunya penambahan tarif pada 2 Mac hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: