UK Akan Menderita Tanpa Perjanjian Brexit, Bukan EU – Menteri Kewangan Jerman

UK Akan Menderita Tanpa Perjanjian Brexit, Bukan EU – Menteri Kewangan Jerman

Menteri Kewangan Jerman, Olaf Scholz pada hari Sabtu lalu berkata Britian akan berhadapan dengan kesan yang buruk jika rundingan bagi pasca-Brexit be

Menteri Kewangan Jerman, Olaf Scholz pada hari Sabtu lalu berkata Britian akan berhadapan dengan kesan yang buruk jika rundingan bagi pasca-Brexit berakhir tanpa sebarang perjanjian.

Scholz menjelaskan bahawa rundingan perdagangan EU-UK kini telah menjadi isu perbalahan selepas UK memutuskan untuk sengaja melanggar perjanjian peralihan menerusi undang-undang domestik yang baru.

UK akan meninggalkan EU sepenuhnya pada 31 Januari dan kini kedua-dua belah pihak masih berbincang mengenai masa depan hubungan perdagangan mereka selepas tempoh peralihan tamat pada akhir tahun ini.

Undang-undang baru yang digubal di London telah menimbulkan kebimbangan bahawa Britain akan secara tiba-tiba memutuskan hubungan dengan Eropah selepas tempoh peralihan berakhir.

“Penilaian saya adalah bahawa situasi yang tidak diatur (tiada kesepakatan) akan membawa kesan yang sangat besar bagi ekonomi Britain,” kata Scholz kepada wartawan setelah pertemuan bersama menteri-menteri kewangan EU di Berlin.

“Eropah mampu menanganinya dan ianya tidak akan mengakibatkan kesukaran dengan persiapan yang telah kami lakukan,” tambah beliau.

EU memperingatkan kepada UK bahawa undang-undang kontroversi mereka telah “merosakkan kepercayaan yang serius” antara kedua-dua pihak dan menyebutkan jika undang-undang tersebut tidak ditarik pada akhir September, Brussels akan mempertimbangkan untuk membawa Britain ke muka pengadilan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: