UK Akan Pertimbangkan Sekatan Yang Lebih Ketat Di Sempadan

UK Akan Pertimbangkan Sekatan Yang Lebih Ketat Di Sempadan

Kerajaan Britian kini sedang mempertimbangkan segala langkah yang mungkin dapat dilaksanakan bagi membentung potensi penularan varian terbaru wabak k

Kerajaan Britian kini sedang mempertimbangkan segala langkah yang mungkin dapat dilaksanakan bagi membentung potensi penularan varian terbaru wabak koronavirus, kata Setiausaha Luar Negeri Dominic Raab.

Dalam wawancara bersama Sky News pada hari Ahad, Raab berkata pemeriksaan sempadan akan diperketatkan.

Selain itu, kerajaan juga akan menolak untuk menjadikan hotel-hotel sebagai pusat kuarantin bagi mereka yang tiba di Britian

Raab juga berharap agar sekatan pergerakan di UK dapat dikurangkan menjelang “awal musim bunga” susulan pelancaran suntikan vaksi Covid-19 di seluruh negara.

England kini sedang memasuki minggu kedua dalam ‘lockdown’ negara fasa ketiga dan kementerian telah berjanji untuk menawarkan 15 juta suntikan kepada golongan yang terjejas pada pertengahan bulan Februari.

Walau bagaimanapun, “Kerajaan tidak dapat menjamin bahawa setiap individu akan mendapat dos yang kedua, walaupun ianya adalah sasaran kami”, jelas Raab.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: