UK Bakal Berhadapan Krisis Politik Yang Lebih Besar, Apakah GBP Akan Terus Dihumban?

UK Bakal Berhadapan Krisis Politik Yang Lebih Besar, Apakah GBP Akan Terus Dihumban?

Pound Sterling (GBP) terus menjadi satu-satunya matawang utama yang akan diteliti dalam tempoh masa terdekat terutamanya dengan laporan yang mengataka

Pound Sterling (GBP) terus menjadi satu-satunya matawang utama yang akan diteliti dalam tempoh masa terdekat terutamanya dengan laporan yang mengatakan terdapatnya undian tidak percaya ke atas Perdana Menteri UK Theresa May.

Pada minggu lepas, pound telah menjunam melebihi 1.5% dalam masa satu hari berikutan harapan melihat perjanjian Brexit May diluluskan punah.

48 undian tidak percaya daripada parti konsorvertif UK diperlukan di dalam parlimen dan sebahagian penganalisis melihat jumlah mereka yang menentang telah mencapai angka tersebut.

Sekiranya tindakan untuk menentang May melalui undian ini disokong oleh pegawai-pegawai tinggi di bawah pentadbiran May, UK akan berhadapan dengan satu krisis politik yang lebih besar.

Walaupun PM May berjaya mengelak daripada dikenakan undi tidak percaya, potensi untuk diadakan pilihan raya semula juga semakin tinggi.

Hal ini didorong oleh penentangan daripada pakatan kecil kerajaan parti DUP yang lantang tidak bersetuju dengan syarat perjanjian baru yang dikemukakan dan berkemungkinan keluar daripada kerajaan.

Prospek berlakunya pilihan raya menjelang tarikh akhir Brexit pada bulan Mac 2019 telah meningkatkan kebimbangan pelabur yang telah pun berhadapan dengan pergerakan naik turun harga di dalam julat yang besar.

Reaksi awal menunjukkan pasaran berpotensi menghumban GBP/USD ke paras 1.2500.

Tambahan pula, data-data ekonomi UK berada di tahap mengecewakan dengan kejatuhan indeks CPI dan kadar jualan runcit dan keadaan ini telah melemahkan fundamental GBP.

Jika trend data ini berterusan, GBP akan mengalamai kesukaran untuk kekal dengan sebarang pemulihan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: