UK Bersedia Melaksanakan Sekatan Sosial Penuh Di Sebahagian Bandar Besar Britain Utara & London – The Times

UK Bersedia Melaksanakan Sekatan Sosial Penuh Di Sebahagian Bandar Besar Britain Utara & London – The Times

Akhbar The Times pada awal pagi Isnin di Asia melaporkan bahawa para pembuat dasar di UK kini sedang mempertimbangkan sekatan sosial yang lebih ketat

Akhbar The Times pada awal pagi Isnin di Asia melaporkan bahawa para pembuat dasar di UK kini sedang mempertimbangkan sekatan sosial yang lebih ketat berikutan peningkatan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini.

Laporan tersebut mengatakan sekatan pergerakan tersebut akan mengakibatkan penutupan sepenuhnya kesemua pub, restoran dan bar selama dua minggu pada peringkat awal.

Isi rumah juga akan dilarang untuk bertemu antara satu sama lain di mana-mana lokasi tertutup, di kawasan yang belum menerima perintah sekatan, jelas The Times.

Dalam laporan yang berbeza, The Sun juga memetik kenyataan jurucakap Datuk Bandar London Sadiq Khan yang mengatakan, “London sekarang berada di titik yang sangat membimbangkan. Kami melihat peningkatan yang tajam dalam panggilan 111 (kecemasan), kemasukan ke hospital, dan pesakit di ICU.”

“Walaupun warga London telah melakukan pengorbanan secara kolektif yang luar biasa untuk mengurangi penularan Covid-19, namun jumlah kes kini kembali meningkat tajam dan kita perlu mengambil tindakan yang segera untuk mengawal semula virus tersebut.”, tambah beliau.

Implikasi awal terhadap laporan di atas telah melemahkan momentum menaik GBP/USD yang terbentuk di awal pembukaan pasaran Asia minggu ini, susut dari 1.2777 dan kini didagang sekitar 1.2760.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: