UK & EU Perlu Pertimbangkan Tarikh Akhir Perjanjian Brexit – David Frost

UK & EU Perlu Pertimbangkan Tarikh Akhir Perjanjian Brexit – David Frost

Ketua Perunding Brexit Britian, David Frost berkata, pasukannya sedang bekerja keras untuk mendapatkan perjanjian bersama Kesatuan Eropah menjelang 1

Ketua Perunding Brexit Britian, David Frost berkata, pasukannya sedang bekerja keras untuk mendapatkan perjanjian bersama Kesatuan Eropah menjelang 15 Oktober.

“Tugas saya hanyalah bekerja sebaik mungkin selama dua minggu ke depan untuk melihat apakah kami dapat memastikan perjanjian diikat pada 15 haribulan,” kata Frost kepada jawatankuasa parlimen hari ini.

“Kedua-dua belah pihak yang terlibat dalam perbincangan perlu mempertimbangkan tarikh tersebut ketika merancang untuk dua minggu ke hadapan”, tambah beliau.

Ketika disoal apakah tarikh itu adalah tarikh akhir, Frost berkata kenyataan awal PM Borish Johnson adalah merujuk kepada tarikh tersebut, sambil menambah,”Sedang kami mendekati 15 haribulan, saya akan memaklumkan kepada Perdana Menteri apakah syarat dalam kenyataannya telah dipenuhi atau sebaliknya”.

Frost juga menitik beratkan kenyataan Johnson yang menyebut “pintu (rundingan) kami tidak akan pernah ditutup”.

“Walaupun jika tiada asas untuk Perjanjian Perdagangan Bebas, masih ada perjanjian yang berbaloi untuk dibincangkan sebelum akhir tahun ini.

“Banyak isu-isu praktikal yang perlu kami bahas, oleh itu dalam keadaan apa pun, saya menjangkakan hal ini akan berlaku”, ujar Frost.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: