Kerajaan Britian pada hari Ahad menggesa supaya syarikat bersiap sedia menghadapi tempoh terakhir peralihan Brexit, menegaskan keperluan mereka untuk
Kerajaan Britian pada hari Ahad menggesa supaya syarikat bersiap sedia menghadapi tempoh terakhir peralihan Brexit, menegaskan keperluan mereka untuk segera bertindak dengan ataupun tanpa perjanjian.
PM Boris Johnson mengatakan UK tidak akan menangguhkan tempoh peralihan yang bakal tamat pada 31 Disember, dan kemajuan perlu dilihat dalam beberapa hari lagi bagi mendapatkan perjanjian dan menutup jurang perbezaan antara kedua-dua belah negara.
Kementerian perdagangan UK menyebutkan bahawa hal yang perlu dilakukan oleh para peniaga adalah segara bertindak tanpa melihat kepada hasil rundingan, dan kementerian juga telah merancang untuk mengadakan satu siri webinar kepada sektor yang khusus di bulan Oktober.
“Dengan berbaki 81 hari sehingga tamat tempoh peralihan, syarikat-syarikat perlu bertindak segara untuk memastikan mereka bersedia dengan permulaan UK yang baru di bulan Oktober”, jelas menteri perdagangan Alok Sharma.
“Tidak akan ada lagi penangguhan bagi tempoh peralihan, oleh itu tiada lagi waktu untuk dibazirkan”, tambah beliau.
Antara hal yang perlu dititik beratkan oleh syarikat adalah memastikan kakitangan mereka mempunyai pendaftaran hak penempatan dan bersedia berhadapan dengan prosedur kastam ketika berdagang bersama Eropah.
Ketua peruding EU dan UK berkata mereka kini semakin menghampir dengan perjanjian sebelum tarikh tarakhir 15 Oktober, namun perbezaan terhadap isu utama masih signifikan dan kedua-dua belah pihak dilihat telah bersiap sedia dengan senario tanpa perjanjian.
COMMENTS