Britian pada hari Sabtu lalu mengumumkan bahawa mereka akan menghantar permohonan untuk menyertai blok perdagangan bebas Asia-Pasifik. Setiausaha
Britian pada hari Sabtu lalu mengumumkan bahawa mereka akan menghantar permohonan untuk menyertai blok perdagangan bebas Asia-Pasifik.
Setiausaha Perdagangan Antarabangsa UK, Lizz Truss berkata permohonan rasmi untuk menyertai Perjanjian Komprehensif dan Progresif Trans-Pasifik (CPTPP) akan dilakukan pada hari Isnin.
CPTPP merupakan sebuah kerjasama perdagangan yang dianggotai 11 negara lingkaran Asia Pasifik termasuk Malaysia dan mewakili 13.5 peratus daripada keseluruhan output ekonomi global.
Rundingan antara UK dengan ahli CPTPP dijangka akan bermula pada tahun ini dan Truss menyebutkan bahawa penyertaan ini menawarkan “peluang yang besar” kepada ekonomi UK pasca Brexit.
Hal ini disebabkan perjanjian tersebut bermaksud “tarif yang lebih rendah untuk pengeluar kereta dan wiski, akses yang lebih baik kepada penyedia perkhidmatan kami, peluang pekerjaan yang berkualiti dan kemakmuran bagi masyarakat di UK,” jelas Truss.
PM UK, Boris Johnson juga berkata perjanjian perdagangan baharu itu akan “beri manfaat ekonomi yang besar kepada rakyat Britian”.
“Permohonan untuk menjadi negara baharu pertama menyertai CPTPP menunjukkan cita-cita kami untuk menjalankan urus niaga bersama rakan niaga kami di seluruh dunia dengan terma yang terbaik, dan menjuarai perdagangan bebas dunia,” tambah beliau.
Kemasukan UK dijangka akan meningkatkan jumlah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) CPTPP daripada 9 trilion pound kepada 11 trilion pound.
Pada 2019, perdagangan antara UK dengan 11 negara anggota CPTPP adalah bernilai 111 bilion pound dengan purata pertumbuhan 8% setiap tahun sejak 2016.
Walau bagaimanapun, Setiausaha Perdagangan Antarabangsa dari parti pembangkang Emily Thornberry mempertikaikan ketelusan perjanjian yang akan dibuat.
Hal ini kerana, selepas lima tahun rundingan perjanjian Brexit, rakyat akan mempersoal tindakan kerajaan yang tergesa-gesa untuk bergabung dengan belahan dunia yang lain sedang tiada perbincangan dan penerangan yang mendalam dilakukan.
Tambah beliau, “Ketika ini, Liz Truss juga tidak mampu memberi jaminan sama ada kita akan memiliki hak untuk membantah kuasa veto China jika kita menjadi yang terawal menyertai blok itu.”
COMMENTS