UK Lancarkan Skim Sokongan Kerja Baru, Namun Tidak Dapat Menyelamatkan Setiap Perniagaan

UK Lancarkan Skim Sokongan Kerja Baru, Namun Tidak Dapat Menyelamatkan Setiap Perniagaan

Menteri Kewangan UK Rishi Sunak pada hari Khamis mengumumkan skim sokongan pekerjaan baru yang akan membantu syarikat untuk menggaji pekerja untuk te

Menteri Kewangan UK Rishi Sunak pada hari Khamis mengumumkan skim sokongan pekerjaan baru yang akan membantu syarikat untuk menggaji pekerja untuk tempoh kerja yang lebih pendek, namun memperingatkan bahawa kerajaan tidak mampu menyelamatkan semua pekerjaan atau perniagaan.

“Kerajaan akan secara langsung memberi bantuan gaji kepada mereka yang bekerja, memberi pilihan kepada para peniaga yang sedang menghadapi tekanan untuk mengekalkan pekerjaan dalam waktu bekerja yang lebih pendek”, jelas Sunak kepada parlimen.

Sunak berkata skim tersebut akan dilaksanakan selama enam bulan, bermula bulan November dan dibuka kepada semua perusahaan kecil dan sederhana. Syarikat yang lebih besar hanya layak jika hasil pendapatan mereka menurun semasa krisis.

“Skim ini akan membantu kerja yang berdaya maju untuk memastikan para pekerja bekerja sekurang-kurangnya sepertiga dari waktu normal dan dibayar seperti biasa oleh majikan mereka,” tambah beliau.

Kerajaan dan majikan kemudiannya akan menaikkan gaji, merangkumi dua pertiga dari gaji yang telah hilang dengan mengurangkan waktu kerja mereka.

Skim Sokongan Pekerja Koronavirus sedia ada di Britian, yang membantu sekitar 9 juta pekerjaan pada akhir bulan Mei lalu akan ditamatkan pada akhir bulan Oktober dengan jangkaan menelan belanja sekitar £50 bilion.

Menurut data pencukaian, kira-kira lima juta pekerjaan masih dibantu oleh program ini pada akhir bulan Julai, dan agensi statistik Britain semalam menganggarkan bahawa satu daripada lapan pekerja dibantu oleh program ini pada awal September.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: