UK Mungkin Berhadapan “Yuran Baharu” Brexit 100 Billion Euro

UK Mungkin Berhadapan “Yuran Baharu” Brexit 100 Billion Euro

Di dalam artikel pada bulan Feb yang lalu ada menyentuh tentang salah satu perkara yang menjadi tumpuan sepanjang rundingan Brexit, iaitu bil atau yur

Di dalam artikel pada bulan Feb yang lalu ada menyentuh tentang salah satu perkara yang menjadi tumpuan sepanjang rundingan Brexit, iaitu bil atau yuran pengunduran UK dari Kesatuan Eropah. Jumlah tersebut sebelum ini disebut sekitar 60 billion Euro. Anda boleh baca lebih lanjut tentang bil/yuran Brexit tersebut di sini : https://www.ctc.fm/uk-mungkin-terpaksa-membayar-60-billion-euro-untuk-bil-brexit/

Jumlah tersebut kini dikatakan mungkin mampu mencecah 100 billion Euro diselar oleh David Davis, setiausaha Brexit UK sambil menegaskan proses rundingan boleh menjadi huru hara jika Kesatuan Eropah terus berkeras dengan tuntutan mereka sebanyak itu.

UK bakal mengadakan pilihanraya pada 8 Jun nanti, rata-rata berpendapat May bakal memenanginya dan sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau, mungkin dengan majoriti yang lebih besar. Hanya kurang 2 minggu selepas pilihanraya itu nanti, proses rundingan rasmi Brexit akan dimulakan pada 19 Jun 2017.

Kesatuan Eropah, dalam rangka fasa awal rundingan dikatakan mahu UK untuk menyelesaikan yuran Brexit mereka dahulu sebelum rundingan yang lain. Namun, UK pula menuntut agar rundingan tentang perdagangan dilakukan pada masa yang sama. Setiap fasa rundingan dijangka akan dilakukan di dalam kitaran 4 minggu.

Secara fundamental-sentimen, Pound mampu untuk terus mengukuh jika May dapat memenangi Pilihanraya nanti walaupun keadaan itu nanti mungkin juga boleh dikatakan “priced in”. Jika berlaku sebaliknya pula, Pound mungkin bakal ditekan jatuh dengan kuat. Didalam kedua-dua keadaaan sekalipun, Pound masih berpotensi untuk terus diberi tekanan pada ketika rundingan rasmi Brexit dimulakan pada 19 Jun nanti mengehadkan kenaikan Pound.

Pada sudut fundamental-ekonomi pula, UK berada pada landasan terbaik walaupun masih ada beberapa data yang kurang baik terutamanya dari sektor pengeluaran dan purata pendapatan pekerja. Pada minggu ini, 2 terbitan data yang penting akan menggerakkan Pound, iaitu Inflation Report Hearings, 23 Mei jam 6 petang dan Laporan KDNK UK, 25 Mei jam 4.30 petang.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: