UK Rancang Mansuhkan Cukai Ke Atas Syarikat Tekonologi Seperti FB & Google – Daily Mail

UK Rancang Mansuhkan Cukai Ke Atas Syarikat Tekonologi Seperti FB & Google – Daily Mail

Akhbar Daily Mail pada hari Ahad melaporkan bahawa Menteri Kewangan UK Rishi Sunak merancang untuk memansuhkan cukai ke atas syarikat teknologi seper

Akhbar Daily Mail pada hari Ahad melaporkan bahawa Menteri Kewangan UK Rishi Sunak merancang untuk memansuhkan cukai ke atas syarikat teknologi seperti Facebook dan Google berikutan ianya tidak begitu banyak menambahkan pendapatan dan akan memberi kesan ke atas usaha mendapatkan perjanjian perdagangan bersama AS.

British mula memperkenalkan cukai perkhidmatan digital pada bulan April selepas kemajuan rundingan global yang perlahan tentang bagaimana cara mencukaikan syarikat-syarikat teknologi gergasi yang kebanyakkan adalah syarikat AS.

Cukai tersebut dijangka menaikkan sekitar 500 juta pound (AS$ 654 juta) setahun untuk kewangan awam Britain.

Namun nilai tersebut hanyalah sebahagian kecil dari bebanan tambahan hutang 200 bilion pound yang telah ditanggung oleh negara sejak bermulanya wabak Covid-19.

Perancis dan negara lain juga telah melaksanakan atau sedang mempertimbangkan tindakan yang sama.

Akhbar Mail on Sunday juga memetik kenyataan wakil kementerian kewangan, “Kami telah jelaskan bahawa ianya adalah cukai sementara yang akan dimansuhkan setelah penyelesaian global yang sesuai disediakan, dan kami akan terus berkerjasama dengan rakan antarabangsa kami bagi mencapai matlamat tersebut”.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: