UK Siasat Pemerolehan ARM Nvidia Atas Alasan Keselamatan Negara

UK Siasat Pemerolehan ARM Nvidia Atas Alasan Keselamatan Negara

Kerajaan Britian telah mengarah penyiasatan terhadap pemerolehan pereka cip ARM milik Softbank yang beribu pejabat di UK oleh Nvdia dengan perjanjian

Kerajaan Britian telah mengarah penyiasatan terhadap pemerolehan pereka cip ARM milik Softbank yang beribu pejabat di UK oleh Nvdia dengan perjanjian bernilai AS$40 bilion.

Lembaga Persaingan dan Pasaran (CMA) UK berkata mereka akan menyediakan laporan awal mengenai pengambilalihan tersebut pada akhir Julai ini, yang mana akan meliputi isu-isu keselamatan negara, termasuk masalah persaingan dan bidang kuasa yang dibuat dalam perjanjian itu.

“Saya pada hari ini telah mengeluarkan notis campur tangan atas alasan keselamatan negara,” kata kata Setiausaha Digital UK, Oliver Dowden dalam satu kenyataan.

“Pihak berkuasa persaingan bebas di UK sekarang akan menyiapkan laporan mengenai implikasi urus niaga tersebut, yang akan membantu dalam apa-apa keputusan selanjutnya.

“Adalah wajar untuk kami mempertimbangkan implikasi keselamatan nasional dari transaksi seperti ini,” tambah beliau.

Dalam siaran akhbar semalam, kerajaan UK menyatakan bahawa ARM adalah pemain utama dalam pasaran semikonduktor global dan tidak dapat dipisahkan dengan infrastruktur dan keselamatan nasional negara.

Memetik laporan Wall Street Journal, reka bentuk Arm juga terkenal sebagai pengeluar cip pemprosesan telefon pintar yang telah digunakan lebih dari 95 peratus peranti yang dijual di seluruh dunia.

Selepas CMA mengeluarkan laporan tersebut, Dowden mempunyai pilihan untuk melepaskan perjanjian, mengenakan syarat bagi menangani sebarang isu yang timbul atau mengarahkan siasatan ‘fasa kedua’ yang lebih mendalam.

Sebagai setiausaha digital, Dowden mempunyai kuasa untuk menyiasat sebarang perjanjian yang melibatkan pengambilalihhan syarikat dengan pendapatan tahunan lebih £1 juta atas kepentingan awam.

“Kami yakin bahawa transaksi ini tidak menimbulkan masalah keselamatan nasional yang penting,” kata Nvidia dalam satu kenyataan. “Kami akan terus bekerja rapat dengan pihak berkuasa Britain, seperti yang telah kami lakukan sejak perjanjian ini diumumkan.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: