UK Tidak Akan Mendapat Perjanjian Kerjasama Yang Penuh Selepas Meninggalkan EU

UK Tidak Akan Mendapat Perjanjian Kerjasama Yang Penuh Selepas Meninggalkan EU

PM UK Boris Johnson perlu memilih isu yang menjadi tumpuan sebelum tamat tarikh peralihan Brexit jika beliau ingin terus mengikat kerjasama antara UK

PM UK Boris Johnson perlu memilih isu yang menjadi tumpuan sebelum tamat tarikh peralihan Brexit jika beliau ingin terus mengikat kerjasama antara UK dan EU di masa hadapan, jelas Presiden Suruhanjaya EU.

Ursula von der Leyen di hadapan penonton London School of Economics berkata, “Setiap pilihan akan ada akibatnya, setiap keputusan akan ada yang tidak serasi”.

“Semakin banyak perbezaan, semakin jauh hubungan, dan tanpa lanjutan tempoh peralihan melebihi 2020, anda tidak boleh berharap untuk bersetuju dengan setiap aspek dalam kerjasama baru kami”, tambah beliau.

Rundingan telah berlanjutan sekian lama sejak referendum Brexit diluluskan pada Jun 2016 yang lalu dan UK akhirnya dijadualkan untuk meninggalkan blok Eropah pada 31 Januari.

Walau bagaimanapun, perbincangan mengenai hubungan antara UK dan EU di masa akan datang dilihat lebih sukar berikutan tempoh rundingan yang terhad di samping terikat dengan syarat-syarat EU yang ketat.

Johnson dijangka akan menyuarakan keinginan beliau untuk mendapatkan perjanjian dagangan bebas bersama EU, namun UK masih berkeras menolak sebahagian besar syarat yang pernah digariskan oleh EU pada perbincangan yang lalu.

Selain itu, von der Leyen juga mengulangi mesej bahawa blok Eropah mempunyai sempadan yang mana mereka tidak akan berganjak daripadanya.

“Tanpa pergerakan yang bebas, anda juga tidak boleh mendapatkan pergerakan kapital, barangan dan perkhidmatan yang bebas”, kata beliau.

Jurucakap Johnson, James Slack berkata pada hari Isnin yang lalu bahawa UK akan membuka lebih banyak rundingan dengan negara yang lain selepas meninggalkan EU pada 31 Januari dan kenyataan ini dilihat bertujuan memberi tekanan kepada EU.

Namun von der Leyen membelas “Kami bersedia untuk membentuk model kerjasama yang baru tanpa tarif, quota dan pembuangan. Satu bentuk kerjasama yang menjangkaui perdagangan dan dengan skop yang tidak pernah berlaku.”

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: